Thursday, September 4, 2008

Nurul shuhada dan dr Faiz sama cantik sama padan



Gossip mereka semakin hebat , kini meletup di berita harian 4 sep 2008. Apa pun semoga kedua mereka selamat dalam perkenalan mereka.

Perkenalan mereka mula berputik di Rusia dan semakin kencang apabila Dr Faiz cedera baru-baru ini akibat kemalangan dan nurul sering melawat faiz di hospital.

Mereka sering telefon dan sms antara satu sama lain. Harap perkenalan ini terus ke jinjang pelamin

Amin

Read more...

Monday, September 1, 2008

Selamat berpuasa 1 Sep 2008

Umat islam Malaysia mula berpuasa hari ini 1 Sep 2008 bersamaan 1 Ramazan. Bagi negeri lain seperti Arab Saudi, plastine, lubnan dan beberapa negara arab lain berpuasa sama dengan kita. Hanya Iran yang berpuasa hari selasa 2 sep 2008.

Selamat berpuasa, semoga dapat sama-sama kita menambah amal ibadat dibulan penuh berkat dan bulan yang mempunyai ganjaran pahala sehingga 1000 bulan ibadat. Mari sama-sama kita mencarinya, pada malam 10 terakhir ramazan tahun ini.

Amin amin ya robalalamin

Read more...

Monday, July 28, 2008

Hajjah siti Nurhaliza tak bertudung dengan sempurna


Kalau bergelar Hajjah, eloklah bertudung dengan sempurna, tutuplah remos hadapan tu, masih banyak rambut yang nampak, awak tu ramai peminat, nanti peminat ikut cara pakaian awak tu

Read more...

Sunday, July 20, 2008

Ubah metodologi peyiasatan kes anwar

cara siasat kes anwar perlu di kaji dan pegawai yang kendali kes 1998 jangan terlibat

lihat pendapat saya dalam detikdialy.net

Read more...

Friday, July 4, 2008

Najib, Anwar, Razak, saiful perlu bertaubat

Najib, Anwar, Razak Baginda, Saiful perlu bersumpah dengan nama Allah, bahawa mereka tidak melakukan seperti mana yang di dakwa.

Jika mereka tidak bersumpah rakyat sudah muak dan meluat dengan apa yang mereka cakap atau nafikan. Kerana mereka rakyat berpecah.


Read more...

Thursday, July 3, 2008

Teori saya

Teori dan pendapat saya dalam detik dialy

Read more...

Tuesday, July 1, 2008

Hydrofuel cipta rakyat Malaysia, bakal mengubah teknologi enjin kereta kita, jimat 50% minyak



Rakyat Malaysia bakal mengunakan teknologi baru dalam teknologi enjin kereta. Enjin ciptaan rakyat Malaysia ini menggunakan air dan petrol. Jimat 50% penggunaan minyak.

Kita tunggu pelancarannya nanti

Read more...

Monday, June 23, 2008

Kes Sanglang Perlis.

Menurut Peguam Hanipa, kini PAS mempunyai 3 pilihan berikutan kes ini.

1. Pertama, rayu ke Mahkamah Persekutuan.

2. Kedua memfailkan agar dibuat penilaian perundangan agar menggantikan nama calon BN yang telah digezetkan dengan nama calon PAS yang sebenarnya menang dan

3. Menyaman SPR jika pengendali pilihan raya itu mengisytiharkan pilihan raya semula untuk Dun Sanglang.

Kenapa SPR susah sangat nak buat keputusan. Ini merupakan kesilapan SPR yang besar dalam mengendali pilihanraya di Malaysia.


Read more...

PERMIKIRAN AHLI POLITIK MALAYSIA YANG JUMUD

Mufti Perlis: Saya bukan ulama ‘Kakak Tua’!
Posted on Jun 22, 2008 under Isu Semasa, Berita |

PETALING JAYA: Ketika pegangan politiknya heboh diperkatakan cenderung kepada Pakatan Keadilan Rakyat (PKR), Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin tampil untuk menyatakan pendiriannya yang langsung tidak berminat dengan politik.

“Cukuplah… kerja sayapun tak habis. Kerja politik untuk orang politik.

“Saya bukan orang politik. Hanya kerana saya berada di majlis PKR dan menjadi ahli panel Wacana Perdana 100 Hari Pemerintahan Pakatan Rakyat di Kota Bharu semalam maka ramai yang membuat tafsiran sendiri,” jelas Dr Asri ketika dihubungi mStar Online tengah hari tadi.

Menurut Dr Asri, kehadiran beliau dalam forum majlis anjuran kerajaan negeri dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kota Baharu (MPKB) yang mendapat sambutan hangat semalam, tidak ada kena mengena dengan fahaman politik ataupun penyertaan beliau dalam PKR.

“Itu tanggungjawab saya. Kalau orang Umno panggilpun saya pergi. Sebagai Mufti saya tidak boleh berpolitik dan berpihak pada mana-mana parti politik. A Mufti should be non-partisan. Saya perlu bebas menyatakan kebenaran dan fakta tentang Islam tanpa mengira fahaman politik atau di mana majlispun saya berada,” katanya.

Dr Asri juga menyangkal dakwaan yang beliau menentang kerajaan pusat.

“Apa yang saya cakapkan selama ini adalah atas dasar kebenaran dan tidak bermakna saya adalah penyokong mana-mana parti.

“Pandangan setuju atau tidak tentang satu-satu pendirian parti itu bukan petanda yang saya menyokong mereka. Kita perlu ada cara berfikir yang tersusun. Kalau saya perlu sokong, saya sokong begitulah sebaliknya kalau saya perlu kritik,” katanya.

Beliau turut membidas cakap-cakap yang mengatakan beliau memihak pada satu parti.

“Adakah kerana saya pergi ke satu majlis anjuran PKR bermakna saya ahli PKR?

“Inilah cara berfikiran ahli-ahli politik di Malaysia yang jumud, yang berkehendakkan kita menyokong mereka 24 jam.

“Tidak semestinya saya menyokong PKR kalau saya berucap di medan mereka. Dan tidak semestinya saya menyokong BN kalau saya berada di tempat mereka. Saya bebas dari daerah itu,” jelasnya.

“Kita perlu bersifat objektif kerana kita bukan malaikat yang boleh membuat pemilihan mutlak di atas kebenaran. Ada kalanya boleh jadi betul satu perkara tetapi salah di masa yang lain. Kebenaran boleh menjelma dalam berbagai wajah,” katanya.

Katanya, sudah sampai masanya kita mengajar rakyat berfikir secara objektif.

“Rakyat perlu bercakap dengan terbuka dan bebas dari cengkaman fikiran yang mengongkong. Rakyat perlu bebas berfikir tanpa dipaksa dan dikongkong dan membuat penilaian berdasarkan facts and figures. Itu baru dinamakan kebebasan,” jelasnya.

Kata Dr Asri lagi, ulama atau Mufti bukan malaikat atau nabi yang maksum. Mereka juga seperti insan lain yang terdedah kepada salah dan dosa.

Namun begitu, walau apapun keadaannya, mereka tidak boleh menyelewengkan fakta, atau menyembunyikan kebenaran sehingga mengelirukan manusia tentang hakikat ajaran Allah S.W.T.

“Mereka juga boleh menjadi kaya dan berharta, tetapi tanpa menggadaikan kebenaran. Ini kerana yang menyebabkan mereka itu dianggap ulama kerana ilmu yang dimiliki oleh mereka. Peranan mereka adalah menjaga ilmu dan memastikan ilmu itu berfungsi untuk kemaslahatan manusia. Jika seseorang memakai pakaian ulama, atau menduduki jawatan ulama, atau memakai gelaran ulama tetapi dia kontang ilmu, dia sebenarnya bukan ulama walaupun diletakkan berbagai gelaran dan bintang,” jelas Mufti itu lagi.

Kata beliau lagi, peranan Mufti adalah menyampai dan menyatakan kebenaran. Bukan kerja ulama menjadi pembela setia sesebuah kerajaan ataupun parti atau individu. Ulama membela kebenaran ajaran Allah dan RasulNya.

“Tiada kompromi dalam soal kebenaran, keadilan dan fakta sekalipun terpaksa menghadapi teman yang rapat, atau pihak berjasa lagi dikasihi.

“Jika itu berlaku dari awal, maka lahirlah ulama-ulama ‘kakak tua’ yang akan memperkatakan apa yang digemari oleh orangramai, atau apa yang diminati di pasaran, atau apa yang dibayar dengan harga yang tinggi oleh pihak tertentu. Dan saya bukan ulama ‘kakak tua,’ katanya.

Bagi Dr Asri, menjadi mat rempit, perompak, atau pemimpin yang tidak jujur tidak lebih buruk daripada ulama yang menyembunyikan kebenaran atau menyelewengkan fakta sehingga manusia tersesat.

“Kita memerlukan ilmuwan yang mempunyai semangat seperti Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah r.a.. Di zaman Ibn Taimiyyah ketika rakyat menentang penjajahan Tatar, para ulama berkepentingan menulis dan menyebarkan fitnah memburukkan Ibn Taimiyyah.

“Tujuan untuk menutup kelemahan dan menjaga kepentingan sendiri. Dan selepas zaman Ibn Taimiyyah, gelagat ulama jenis ini tetap sama. Ulama yang menjaga jubah dari percikan darah pengorbanan dan kebenaran,” katanya.

Tegasnya lagi, jika ulama mengutamakan kepentingan sendiri, maka umat akan kehilangan garis panduan terutama pada waktu gawat dan getir.

“Pandangan dan pendapat yang benar disembunyikan sedangkan umat kehausan bimbingan. Jika diberikan pandangan pun hanya tajuk-tajuk yang dipersetujui oleh panaja,” kata Dr Asri.

Petikan http://drmaza.com

Read more...

Friday, June 20, 2008

Semanggat Gotong Royong Mengatasi Batasan Fahaman Politik



Semanggat gotong royong di Kg Sungai Bugis, Perlis. Semanggat ini perlu di teruskan. Perkara yang menarik ialah apabila anak muda sedia bekerjasama membantu menjayakan gotong di rumah mertua saya di Kampung.

Read more...

Pendapat saya di terima dalam laman www.detikdaily.net , sila lihat link berikut

Lihat link berikut:

http://www.detikdaily.net/v4/modules.php?name=News&file=article&sid=2144&mode=&order=0&thold=0

Read more...

Thursday, June 19, 2008

PR sedang ambil kesempatan mendapat publisiti

Minyak, rata rata diseluruh negara dan dimana anda pergi orang bercakap mengenai harga minyak.

Keputusan naik harga minyak oleh BN bukan kehendak BN tetapi terpaksa. Dalam pada itu juga kini akibat dari keputusan yang tak popular ini BN sedang menerima kritikan hebat dari perbagai pihak.

PR yang tahu bahawa ini adalah MODAL POLITIK yang hebat sedang dengan sedaya upayanya mengunakan segenap ruang dan peluang mencari pengaruh populariti bagi menarik sokongan rakyat kepada PR. Kalau mereka tak buat mereka rugi.

Ini adalah beban besar yang sedang melanda BN sekarang. Selain dari tekanan dalaman, tekanan luar dan tekanan rakyat, BN menghadapi desakan parti komponen di Sabah dan Serawak yang minta perbagai projek pembangunan dan royalti minyak. Kalau tak layan, tak kena juga kerana sokongan Sabah dan Serawaklah BN kekal memerintah , kerana kalau harap BN Semenanjung mereka akan kalah.

Jadi Pak Lah dalam delima. Paklah pula kini menerima kritikan hebat dari bos lamanya iaitu Tun Mahadzir. Tapi bagi saya Tun juga menjadi penyebab BN lemah. Apa tun tak ingat semasa Tun jadi PM apa Tun buat kepada sistem kehakiman negara. Isu itu digunakan Anwar untuk memukul BN dalam pilihan raya baru ini.

BN silap dalam strateginya sekarang ini. Kesempatan ini telah di ambil PR menjadi juara dalam Isu Minyak.

Read more...

Tuesday, June 17, 2008

Paklah, Anwar, Nik Aziz dan Tun Mahadzir bila nak bertemu

Saya tertarik dengan tulisan Mufti Perlis, mengenai cadangan pertemuan 4 mata antara Perdana Menteri Abdullah, Bekas PM Tun Mahadzir, Bekas Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Kelantan Dato' Nik Aziz.

Ia merupakan satu cadangan yang menarik untuk kita teliti apa yang tersirat dan tersurat. Dalam keadaan negara yang sedang dingin dengan politik yang kecoh serta kenaikan harga minyak yang melambung tinggi, peranan pemimpin yang berpengaruh amatlah penting.

Kesemua 4 tokoh diatas mempunyai pengaruh masing-masing dan sudah tentu akan memberi kelegaan dan ketenangan politik semasa apabila ke empat pemimpin ini dapat bertemu dan berbincang.

Setakat ini hanya Nik Aziz yang memberi respon kesediaan untuk bertemu, manakala 3 lagi pemimpin belum lagi memberi maklumbalas kesediaan untuk bertemu.

Persoalan sekarang siapa yang nak mula dulu. Siapa yang nak jadi pengerusi dan penganjur pertemuan mereka. Mesti ada orang tengah untuk merealisasikan pertemuan perpaduan dan mencari titik temu dan kesepakatan mencari formula untuk kebaikan rakyat dan Malaysia.

Kesemua parti sekarang ini masing-masing menuding jari antara satu sama lain dan meletak kesalahan antara satu sama lain, sedangkan rakyat di beban masalah kenaikan harga barang yang tinggi dan kos sara hidup yang meningkat.

Bagi rakyat terbanyak, mereka bukan nak lihat apa masalah antara mereka tetapi rakyat mahu keselesaan dan penyelesaian dalam menghadapi kehidupan harian dan masa depan Malaysia.

Apa pendapat anda.

Read more...

Friday, June 6, 2008

Minyak akan habis apa alternatif kita?



Apakah alternatif sumber tenaga 100 tahun akan datang. Negara lain sudah melihat alternatif kepada minyak. Kita pula terus membina kereta enjin minyak sedangkan minyak akan habis dalam masa terdekat abab akan datang.


Kita patut berbincang untuk masa depan anak cucu kita. Masa ini memang gawat.

Read more...

Kerajaan Perlu Berjimat cermat sebelum, meletak beban pengurusan negara kepada rakyat

Read more...

Thursday, June 5, 2008

enjin magnetik alternatif kepada Malaysia. Kena mula dari sekarang., apa pendapat anda?



Lihat teknologi enjin magnetik - Free energy for U


Read more...

Bagaimana nak buat bateri Lithium Polymer untuk kereta elektrik



Pelajar elektrik dan mekanikal lihat teknologi ini, belajar dan kaji untuk masa depan anak bangsa kita

Read more...

Majukan Teknologi Kereta Guna Elektrik sebagai alternatif kepada Minyak



Kerajaan perlu dan mesti segerakan penyelidikan ini. Jika Jepun berjaya membuat kereta macam video di atas, kita bila lagi. Jangan dok asyik gaduh Pas dan UMNO, habuk pun tak ada. Kita kena fikir positif untuk anak cucu kita. Ni hang kata aku, aku kata hang. Minyak dok semakin naik, bulan depan dan tahun depan naik lagi.


Lihat bahagian kedua video teknologi Jepun ini


Read more...

Bio deisel dari minyak masak terpakai.

Majukan teknologi pelajar ini,

MINYAK MASAK TERPAKAI DI JADIKAN BIODIESEL UNTUK KENDERAAN.

Semua pihak perlu mengambil kira teknologi ini

Lihat artikel kajian ini.

Read more...

Kereta Guna Kuasa angin di Perancis. Orang Melayu asyik gaduh, bila kita nak teroka enjin baru ini

Read more...

Bila kita berfikir Positif kita akan mendapat Idea Baru

Read more...

Cari alternatif kepada Minyak. Bukan Cari Salah Orang


Orang Melayu dalam PAS, UMNO, PKR perlu berfikir apakah alternatif kepada sumber tenaga yang akan habis ini. Kita jangan dok asyik kata mengata antara satu sama lain dan berfikir dalam konteks kita sahaja.

Melayu banyak buang masa berpolitik hingga lupa tanggungjawap membina bangsa dan negara dengan cara yang lebih efektif dan kreatif.

APAKAH ALTERNATIF KEPADA MINYAK?

LIHAT DI SEKITAR KITA, GUNA KEKUATAN ILMU, IPT, ICT TEKNOLOGI DAN AKAL KITA untuk membuat teknologi baru dalam pengangkutan kita. Minyak akan habis dalam 100 tahun lagi dan harganya semakin naik dan terus naik.

Apakah kita akan terus guna minyak dan setiap hari kita gaduh dan bergaduh tanpa alternatif. Apa cadangan PAS dan PKR dan DAP dalam mencari sumber baru tenaga dunia ini.

Cuba fikir Idea di bawah ini.

Engineair develops an air driven burden carrier for Melbourne Market Authority

Mereka ini sedang menguji sumber tenaga baru, iaitu mengunakan kuasa angin untuk mengerakkan enjin kenderaan. Canggih dan kreatif orang Australia ini. Kita Melayu asyik mengata antara satu sama lain sahaja.

Mari kita lihat teknologi mereka............

The Di Pietro motor, developed by Engineair in Brooklyn, Victoria, offers an outstanding reduction in air consumption compared to conventional air motors, and together with its high torque capability makes a mobile application such as the market burden carrier technically and economically feasible.

The carriers are powered by the energy stored in compressed air.

The compressed air is held in tanks mounted under the loading floor.

Engineair will develop a new burden carrier, driven by compressed air for use at the Melbourne Wholesale Fruit & Vegetable Market. The Melbourne Market Authority has offered Engineair a grant to develop and build a prototype for a new carrier driven by a compressed air motor.

The air drives the air motor without any combustion or exhaust gases, which makes this a zero-pollution mobility concept ideal for enclosed areas such as the market or factories and warehouses.




maklumat lanjut

Read more...

Tuesday, June 3, 2008

Volvo terkini canggih. Bagaimana dengan industri kereta kita. Adakah ingin meningkat seperti teknologi Volvo ini.

Read more...

Tuesday, May 6, 2008

Karpal Sing Ulas Isu Kuasa Kerajaan Negeri Perak

Read more...

Wartawan RTM Debat Dengan Raja Petra

Read more...

Friday, May 2, 2008

MUFTI TEGUR CARA ANJUR JOM HEBOH TV3





Garispanduan

Beliau menegaskan, teguran mahupun surat bantahan yang dikeluarkan oleh Jabatannya tidak bermaksud mengharamkan Jom Heboh, tetapi sekadar satu pemantauan untuk memastikan tidak ada perkara yang tidak elok berlaku. Ketegasan yang cuba ditekankan oleh Mufti antara lain beliau mencadangkan garis panduan pelaksanaan program Jom Heboh di Negeri Perlis.

1. Program Jom Heboh’ tanpa konsert’ adalah satu keutamaan sekiranya hendak dilaksanakan di Negeri Perlis.

2. Jika disertai dengan program konsert, ia hendaklah terkawal dan berdisiplin

3. Artis-artis yang menimbulkan contoh-contoh yang buruk seperti Faizal Tahir atau aliran artis lain dari aliran rock, dangdut dan seumpamanya yang mempromosikan gelagat-gelagat liar dan ala kebudak-budakan yang menghapuskan nilai-nilai kematangan hidup tidak boleh dibenarkan.

4. Artis-artis yang hendak dibawa masuk hendaklah artis yang telah dirujuk persetujuan dari Jabatan Mufti, secara umumnya dicadangkan artis-artis puisi seperti Kopratasa, Ramli Sarip dan Sohaimi Mior Hassan ataupun kumpulan-kumpulan nasyid di tanahair.

5. Sebarang aktiviti-aktiviti yang memperlihatkan nilai-nilai kebodohan yang seakan-akan memperlekehkan akal dan pemikiran rakyat adalah tidak boleh dibenarkan

6. Unsur-unsur khurafat seperti penampilan kepercayaan-kepercayaan misteri dan karut tidak dibenarkan. Demikian juga jualan barang-barangan khurafat dan tahyul seperti kayu koka tidak dibenarkan

7. Penganjur Jom Heboh hendaklah menghormati sensitiviti orang-orang Islam seperti tidak menguatkan bunyian-bunyian pada waktu solat sehingga kelihatan seperti tidak menghormati agama.

Maklumat lanjut lihat http://drmaza.com

Read more...

Thursday, May 1, 2008

1 Mei Genap setahun Kematian Isteriku




Video semasa rosila koma di hospital Kangar Perlis. Alfatihah

Read more...

Sunday, April 6, 2008

Tulang rusuk babi Mereka kata halal



Mereka main letak halal saja, sedangkan bahan yang dijual memang sah Haram di makan.

Read more...

Wednesday, April 2, 2008

Teknik baru dan murah bagaimana nak jimat bil telefon anda


Kini ada teknik baru nak jimat bil HP anda, bagaimana caranya,

DAPATKAN MAKLUMAT LANJUT DI

http://cpintrass.com/otelo/td.html

Memang hebat program ini, disamping anda boleh jana pendapatan yang memang hebat.

Ini adalah cara terbaru mencari duit online dan offline

http://cpintrass.com/otelo/td.html

Sila lihat dan cuba.

Read more...

Monday, March 31, 2008

Hukuman sebat, satu peringatan untuk anda

Read more...

Saturday, March 29, 2008

TANDA TANDA ANDA NAK MATI - SUATU PERINGATAN

Tanda-Tanda Saat-Saat Kematian

  • 100 hari : Seluruh badan rasa bergegar.
  • 60 hari : Pusat rasa bergerak-gerak.
  • 40 hari : Daun dengan nama orang yang akan mati di arash akan jatuh dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan sering kelihatan seperti sedang rungsing.
  • 7 hari : Mengidam makanan.
  • 5 hari : Anak lidah bergerak-gerak.
  • 3 hari : Bahagian tengah di dahi bergerak-gerak.
  • 2 hari : Seluruh dahi rasa bergerak-gerak.
  • 1 hari : Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu subuh and asar.
  • Saat akhir : Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi (di bahagian belakang badan) Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda yang akhir sekali, mengucap dalam keadaan qiam and jangan lagi bercakap-cakap.

******Bila Malaikat Mencabut Nyawa******

Baginda Rasullullah S.A.W bersabda:

“Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.”

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:

“Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S.” Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya”.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:

“Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T.”

Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah S.W.T. dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: “Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain.”

Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu.

Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan.”

Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata:

“Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu.”

Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata:

“Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir.”

Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata:

“Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah.”

Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: “Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang
beriman itu.”

Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T.

Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A:”Roh itu menuju ketujuh tempat:-

  • Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
  • Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
  • Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
  • Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
  • Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
  • Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
  • Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.”

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

  1. Orang-orang yang mati syahid.
  2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
  3. Orang berpuasa di hari Arafah.

Read more...

Thursday, March 27, 2008

BANTULAH HANIF DAN IZAT



SAYA INGIN MENGAJAK ANDA MEMBANTU HANIF DAN IZAT. Mereka adalah saudara kita yang ingin hidup sempurna, namun apakan daya, mereka tidak mahu dilahirkan begitu.

Mereka lumpuh dan tak mampu bedikari.

Semua urusan di urus oleh ibunya. Bantulah mereka bagi mengurang penderitaan mereka dan keluarga mereka.

Lihat blog yang saya buat untuk mereka dan salurkan kepada Ibunya Natrah.

http://anifzat.blogspot.com

Read more...

Tuesday, March 25, 2008

KAEDAH PEMASARAN WEB SECARA ONLINE PERCUMA



TUNGGU, AKAN MUNCUL PANDUAN PERCUMA

PEMASARAN ONLINE.

Read more...

Sunday, March 9, 2008

TSUNAMI POLITIK MALAYSIA

Tsunami di ambang fajar baru
Fathi Aris Omar Mar 9, 08 4:28am
PETIKAN MALAYSIAKINI.COM
http://122.0.17.30/news/79472

Analisis Politik Malaysia malam ini bergegar kuat susulan kemenangan besar-besaran parti pembangkang di banyak kerusi, termasuk merampas Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Perak.

Sewaktu mengumumkan ketewasannya, pemangku presiden Gerakan Tan Sri Koh Tsu Koon berkata BN tewas sekurang-kurangnya 30 kerusi di Pulau Pinang daripada 40 kerusi.

Kerusi-kerusi yang dimenangi BN pada 2004 dengan majoriti lebih 15,000 undi jatuh dengan mudah ke tangan pembangkang di Selangor dan Wilayah Persekutuan -- malah dengan majoriti yang besar.

Kerusi-kerusi yang selama ini sukar ditembusi pembangkang Melayu di Lembah Klang hari ini tumbang di tangan calon-calon wanita pembangkang - Titiwangsa dan Lembah Pantai (Kuala Lumpur) dan Kota Raja (Selangor).

Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali dan Dr Siti Mariah Mahmud, dua tokoh wanita PAS yang dianggap progresif, menang di Titiwangsa dan Kota Raja.

Sementara Nurul Izzah, anak mantan timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengalahkan orang kuat wanita Umno di Lembah Pantai -- suatu keputusan yang hampir-hampir mustahil di atas kertas.

Malah PAS yang tidak pernah dikaitkan dengan Johor, kali ini menang di dua kerusi negeri, Maharani dan Sungai Abong. DAP pula menguasai kerusi-kerusi Bentayan, Mengkibol, Senai dan Skudai.

Selain mengekalkan Kelantan dengan majoriti lebih besar -- 40 daripada 45 kerusi -- dan merampas empat lagi negeri, parti-parti pembangkang menjatuhkan tiga tokoh besar parti komponen BN.

Pemimpin teratas MIC, Gerakan dan PPP - masing-masing tumbang di Sungai Siput (Datuk Seri S Samy Vellu), Batu Kawan (Koh Tsu Koon) dan Taiping (Datuk M Kayveas).

Malah semua barisan utama MIC, yang menjadi sasaran kemarahan komuniti India seperti tergambar melalui gerakan Hindraf, berguguran satu demi satu di semua kerusi, dari Perak ke Negeri Sembilan.

Presiden, timbalan presiden dan dua naib presidennya kalah; begitu nasib ketua pemuda dan ketua wanitanya.

Perhimpunan para pemimpin utama negara, yang selalunya diadakan di bangunan PWTC tidak dihadiri sebarang pemimpin utama BN walaupun lebih kurang 80 wartawan, termasuk televisyen, menunggu sejak dua jam terawal.

Selalunya Perdana Menteri, sebagai pengerusi BN, akan mengumumkan kemenangan parti ini secara langsung di TV apabila jumlah kerusi parlimen calon-calonnya mencecah majoriti mudah.

Dijangkakan pada awalnya, seperti lazim, majoriti mudah diperolehi pada 11 malam.

Bagaimanapun hanya pada 2:50 pagi, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bersama timbalannya Datuk Seri Najib Razak dan naib presiden Umno Datuk Seri Rustam Ali muncul di depan media.

Kumpulan wartawan yang menunggunya lebih enam jam lebih ramai daripada penyokong BN di bangunan tersebut -- sesuatu yang tidak pernah kelihatan sebelum ini dalam sejarah 50 tahun kemerdekaan.

Koh, bekas ketua menteri Pulau Pinang, dan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan rasa terkejutnya dengan kemenangan luar biasa dan di luar jangkaan.

Nik Aziz, di sidang medianya di pejabat perhubungan PAS negeri, menggesa semua pemimpin pembangkang agar "tidak membalas dendam" dan "menjaga baik-baik kemenangan" ini.

Dalam suasana penuh kejutan, muram dan keletihan itu, tiba-tiba muncul persoalan wajarkah Abdullah melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri.

"Saya tidak tahu siapa yang tekan saya," kata Abdullah apabila ditanya sama ada beliau ditekan agar meletakkan jawatan susulan ketewasan banyak kerusi BN.

"Saya tidak akan meletakkan jawatan."

"Tsunami politik", ungkapan penasihat DAP Lim Kit Siang, akhirnya berjaya menafikan dua pertiga BN dengan angka menarik, setakat ini, 31 kerusi parlimen kepada PKR, 28 DAP dan 25 PAS.

Semua parti ini tentunya bergembira tetapi kegembiraan luar biasa dikecapi PKR apabila melonjak daripada satu kerusi yang nyawa-nyawa ikan di Permatang Pauh.

Tidak pernah wujud lanskap politik seumpama ini di Malaysia -- tidak pada era reformasi 1999, tidak sewaktu perpecahan Umno menjelang 1990 dan tidak juga keresahan 1969.

Hari ini seseorang yang membuka mata, dan dengan penuh sedar cuba memahami, dia sebenarnya telah melangkah ke sebuah dunia baru yang tidak pernah dikenalinya -- sama ada menawarkan harapan indah atau cabaran membingungkan.






----------------
Komen Pak Ngah

BN harus membuat post mortem secepat mungkin dan memberi jawapan segera atas kekalahan di 5 buah negeri. Selain itu senario kebangkitan rakyat yang luar biasa ini harus di pandang sebagai amaran keras keatas kepimpinan BN. Semua pihak dalam BN harus ambil iktibar. Saya amat terkejut terhadap gelombang ini. Tapi apa boleh buat ini keputusan rakyat.

Read more...

Monday, March 3, 2008

Kenapa Perlu Pembangkang Dalam Demokrasi

Dalam sistem demokrasi, ada sistem parti politik, parti yang dapat majoriti akan menang dan dapat memerintah. Parti yang menang akan memerintah dan yang kalah akan jadi pembangkang. Tugas pembangkang hanya menegur kesalahan Kerajaan yang memerintah. Tetapi kerajaan yang kuat mereka perlu menang lebih 2/3 dari jumlah kerusi parlimen. Untuk kestabilan negara kerajaan perlu menang 2/3.

Read more...

Sunday, March 2, 2008

Kejayaan Budak Kampung Menjadi Jutawan

Menidakkan wajah bukan syarat utama dalam bidang nyayian, Budak kampung dari Sabah ini berjaya membawa lagu dengan baik mengalahkan shila dan sarah, pada malam Grand Final One In A Million, tapi ayu jangan lupa diri pula, tahniah dan selamat berjaya

Read more...

Saturday, March 1, 2008

My Blog Is Verification

Blog saya adalah tulen dan memang milik saya .
Undergoing MyBlogLog Verification

Fauzi Ahmad

Read more...

Thursday, February 28, 2008

Pengakuan Tun Mahazir Terhadap Anwar

APA KOMEN ANDA

Read more...

Software Membina Buku Digital (ebook)



Anda tahu tak, bahawa anda boleh buat duit dengan menulis ebook, perbagai tajuk anda boleh buat, mengikut kemampuan anda, kini ramai penulis ebook menjadi jutawan hanya dengan menjual ebook. Jadi bagaimana nak mula?... Anda perlu ada software membuat ebook, Kini software diguna oleh ramai penulis profesional, kerana software ini mampu membuat ebook anda nampak profesional. Dapatkan segera , HARGA MURAH RM10.00 http://diriandajutawan.com/wpro/index.html

Read more...

Sunday, February 24, 2008

BLOG PELUANG NIAGA SAYA WAJAH BARU


Lihat http://cpintrass.com/blog

Read more...

Tuesday, February 19, 2008

Ceramah Mufti

Read more...

SIAPA MB PERLIS?

Antara Azmi Khalid,Dato Razzi, Shahidan Kassim,Kesemua ada tallent, tapi muka lama yang lebih muda pun ada, tapi kurang pengalaman. Pening paklah nak buat keputusan, yang penting paklah jangan silap pilih.

Read more...

Friday, February 15, 2008

Akhirnya 8 Mac Jadi Pilihan SPR


Penamaan calon ialah 24 Feb 2008 dan pengundian akan dibuat 8 Mac 2008. Selamat Mengundi.

Read more...

Sunday, February 10, 2008

Pilihanraya Umum 2008 Dijangka 15 Mac 2008

PM kata ia akan membubar parlimen bila bila masa, semua parti politik termasuk Barisan Nasional dan pembangkang sudah menyiapkan bilik gerakan masing masing dan bendera parti sudah dikibarkan, walaupun waktu kempen belum ditetapkan. Ramai menggatakan sekitar minggu ke 3 Parlimen akan di bubarkan. Manakala pilihanraya 2008 akan di adakan pada waktu cuti sekolah.(cuti 7 hingga 16 Mac 2008) Ini kerana sekolah akan di gunakan sebagai tempat menggundi. Tanda tanda lain pilihan semakin hampir ialah, cuti pihak polis di bekukan, latihan kakitangan tambahan SPR sudah dibuat, latihan permerhati pilihanraya sudah dibuat oleh pihak parti politik, mesyuarat bahagian kerap dilakukan, senarai calon sudah dihantar ke PM, dan SPR pun bersedia. Faktor lain ialah cuaca yang baik ketika ini, dan cuti sekolah Mac ini adalah waktu yang sesuai untuk membuat pilihanraya Umum 2008.

Read more...

Friday, February 8, 2008

Kenapa Harus Kecewa

"Sesungguhnya manusia itu dijadikan dengan sebaik baik kejadian", itu adalah makna sebahagian ayat alquran, So kenapa kita perlu kecewa, jadi gunakan kekuatan yang ada pada diri anda, seperti tulang 4 kerat anda, ilmu yang ada, harta yang ada, rakan yang ada dan yang lebih penting akal kurniaan Allah yang maha hebat itu. Jadi sekali lagi saya tekankan usahlah kecewa, teruskan usaha anda. Selamat berjaya

Read more...

Saturday, February 2, 2008

AGEN MINYAK JAGUH KANDA DIPERLUKAN SELURUH DAERAH


Minyak jaguh kanda adalah gabungan minyak lintah, belut, ikan linang, belacak dan ikan kedak. Ia juga di campur dengan herba herba tropika yang berkhasiat serta rempah ratus terpilih. Tiada bahan kimia atau pengawit. Ia adalah ramuan tradisional. Untuk kegunaan lelaki bagi meningkat prestasi seks dan kegunaan mengurut. Kami ingin mencari agen seluruh Malaysia bagi mengedar minyak jaguh kanda. sila hubungi saya di hijrah2@yahoo.com.my atau hp 0124147130 atau lawati http://cpintrass.com/ .

Peniaga online yang ingin memasar produk saya sila email ke hijrah2@yahoo.com.my .

Read more...

Friday, February 1, 2008

Tudung Bukan Fesyen Tapi Hukumnya Wajib

Hijrah atau perubahan artis terkenal, Dato Siti Nurhaliza dan Shilla Rusly, Semoga menjadi panduan untuk semua . Memakai Tudung adalah wajib bagi wanita Islam, Tudung bukan fesyen tapi hukumnya Wajib. Tahniah kepada wanita bertudung ,





Read more...

Sunday, January 27, 2008

Cara Meningkatkan Pelawat Ke Blog Atau Web Anda

APA ITU WIDGETS. Widgets adalah satu alat yang di pasang pada web atau blog. MyBlogLog adalah contoh mudah yang digunakan untuk menarik pelawat ke blog atau web anda. Kini, MyBlogLog telah menjadi satu barang yang sedang hangat di gunakan di seluruh dunia. Boleh di katakan melebihi separuh daripada bilangan blog di Malaysia yang sering saya lawati, menggunakan MyBlogLog. Apakah itu MyBlogLog?



MyBlogLog merupakan satu laman web yang mampu mewujudkan satu komuniti yang cukup besar. Laman web ini secara umumnya lebih tertumpu kepada para blogger dan ia mampu di jadikan sebagai salah satu ‘tools’ bagi anda melakukan viral marketing.Oleh kerana MyBlogLog masih baru di tubuhkan, widgets yang di sediakan masih belum cukup banyak. Namun begitu, mereka sedang menambahnya dari semasa ke semasa. Salah satu tools yang sering digunakan ialah tools untuk kita mengetahui pembaca terkini ataupun di panggil sebagai ‘Recent Readers‘.

Tools tersebut memang hebat. Dengan adanya tool tersebut, anda boleh secara tidak langsung mempromosikan laman web ataupun blog anda. Saya telah mencuba melakukannya dan ia memang berjaya. Setiap kali anda melawat laman blog yang menggunakan tools tersebut, avatar untuk MyBlogLog anda akan terpapar pada bahagian tool Recent Readers. Jadi, apabila orang lain masuk ke laman blog tersebut, mereka yang ingin tahu mengenai diri anda akan menekan pada avatar anda dan majority di antara mereka akan melihat blog ataupun laman web yang anda ada untuk mengenali anda dengan lebih dekat.


Sebagai permulaan, saya telah cuba melawat 5 buah blog yang terdapat tool tersebut dan saya berjaya menarik pelawat-pelawat yang ada pada blog-blog tersebut, menjadi sebahagian daripada pelawat di dalam blog saya. Tool tersebut memang cukup hebat dan anda patut mencubanya. Jika mahu mendaftar, anda boleh melawat komuniti saya di bawah. Sila copy artikel ini dan masuk ke web atau blog anda. Selamat mencuba.
Join My Community at MyBloglog! Sila daftar segera.


Undergoing MyBlogLog Verification

Read more...

PILIHANRAYA UMUM 2008 SEMAKIN DEKAT DAN PANAS

Ya semakin sibuk parti parti politik membuat persediaan dalam menghadapi pilihan raya umum 2008 ini. Semua parti nampaknya sudah membuka bilik gerakan masing masing. Pilihanraya kali ini di rasakan akan menyaksikan pertandingan yang hebat antara parti BN dan Barisan Pembangkang. Pembangkang mungkin akan diketuai DS Anwar Ibrahim bekas Timbalan Perdana Menteri. Perbagai isu di ketengahkan pembangkang dan BN akan menghadapinya dengan penuh persediaan. Namun kempen kedua pihak semakin hebat walaupun tarikhnya belum diketahui. Dalam akhbar dan TV sudah nampak persediaan BN di paparkan. Ini membuktikan pilihanraya semakin dekat. Saya berharap pilihanraya kali ini akan menyaksikan pertandingan yang bersih dan sihat. Saya tak mau lihat pergaduhan sesama agama dan bangsa kerana pilihanraya. Amalkan politik bersih.

Read more...

Friday, January 25, 2008

Peringatan dari seorang Imam

Pandangan seorang Imam mengenai masyarakat masa ini mengenai keimanan yang semakin kurang dan lemah sila ikuti kupasannya

Semoga video ini memberi manafaat dan peringatan pada anda. ehsan dari mahaguru58

Read more...

Thursday, January 24, 2008

Harapan Untuk Majlis Harga Negara

Besar harapan kami agar harga barang makanan berada pada paras yang rendah dan munasabah. Sebagai negara yang mempunyai tanah yang luas dan jentera pengurusan yang cekap, kami berharap isu makanan patut di beri keutamaan. Jadikan lah bekalan makanan harian murah dan sihat sebagai agenda Nasional dan Penubuhan Majlis Harga negara amat dialu alukan.

Majlis harga negara perlu di tukar kepada MAJLIS HARGA DAN MAKANAN NEGARA. Dengan itu makanan untuk rakyat akan lebih terjamin.

Read more...

Wednesday, January 23, 2008

Tarikh Pilihanraya Umum 2008

Semua dok bercakap pasal pilihanraya umum. Memang pun pilihanraya patut di adakan, dah 4 tahun Pak Lah jadi PM. Akhbar dan parti politik sudahpun menconggak tarikh yang di nanti nanti tersebut. Bilik gerakan nampaknya sudah di buka, UMNO dan BN sudah pun membuat beberapa mesyuarat penting mereka dan pembangkang juga membuat tafsiran masing masing. Cuma tarikh tu ada pada PM. Bekas PM Dr Mahathir berkata, tarikh pilihanraya akan di adakan bila kerajaan rasa mereka boleh menang. Pak Ngah kata ia akan di adakan cuti sekolah penggal pertama 2008 nanti.

Read more...

Sunday, January 20, 2008

Siti Nurhaliza Perlu Kekal Imej Ini



Pertama sekali pak ngah ucap tahniah pada siti. Harap perubahan ini dapat di kekalkan agar peminat anda mengikut jejak anda. Dengar kata siti nak masuk politik pula. Pak Ngah harap semua berjalan dengan baik.

Profail Siti


Nama Penuh: Datuk Siti Nurhaliza Tarudin

Tarikh Lahir: 11 Januari 1979
Bintang: Capricorn
Keluarga: Anak kelima daripada lapan beradik
Tempat Lahir: Kampung Awah, Temerloh, Pahang.
Status: Berkahwin
Suami: Datuk Seri Khalid Mohamed Jiwa
Hobi: Menonton VCD dan membaca majalah
Warna Kegemaran: Hijau dan pastel
Makanan Kegemaran: Masakan kampung, Thai dan masakan ibu
Minuman Kegemaran: Minuman panas
Muzik Kegemaran: Pop, Alternatif, R&B, Tradisional
Artis Pujaan: Ziana Zain, Celine Dion, Allahyarham Sudirman & P Ramlee

Anugerah: Johan Setia Mahkota (JSM), Paduka Mahkota Perak (PMP), Ahli Ahmad Shah Pahang (AAP), Setia Ahmad Shah (SAP) dan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP yang membawa gelaran Datuk)

Read more...

Saturday, January 19, 2008

PROTON SAGA BARU 2008



Proton saga baru 2008 menarik

Read more...

Friday, January 18, 2008

Siasatan Kes Klip Video Kita Lihat Hasilnya Nanti

Kita akan lihat hasil siasatan nanti, Suruhanjaya diraja telah mula siasatannya terhadap kes klip video Lingam dengan memanggil beberapa ahli politik dan bekas hakim untuk memberi keterangan berhubung dakwaan berlaku rasuah dalam badan kehakiman.
Klip video yang menjadi bualan umum telah didedahkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim September lalu, yang telah menggegarkan bidang kehakiman negara. Klip tersebut menunjukkan perbualan telefon peguam Datuk VK Lingam, didakwa dengan bekas Ketua Hakim Negeri, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim mengenai pelantikan hakim-hakim.
Antara saksi yang dijangka dipanggil memberi keterangan ialah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Anwar Ibrahim , Tengku Adna dan Ahmad Fairuz.
Suruhanjaya tersebut, yang diketuai oleh bekas Hakim Besar Malaya, Tan Sri Haidar Mohamed Noor, akan menyiasat ketulenan klip tersebut dan sama ada wujud sebarang bukti salahlaku.Mereka akan memanggil 16 orang saksi sepanjang siasatan itu dijalankan selama dua minggu, mulai hari ini.
Ahad lalu, seorang ahli perniagaan, Loh Mui Fah berkata, klip tersebut dirakamkan olen anak lelakinya pada bulan Disember 2001."Saya tidak tahu yang anak lelaki saya telah merakamkan perbualan (Lingam)," katanya kepada Malaysiakini.
Anwar adalah bekas timbalan menteri sebelum beliau dipecat dari kerajaan dan Umno pada tahun 1998.
Beliau kemudiannya dihadapkan di mahkamah atas tuduhan liwat dan salahgunakan kuasa di mana beliau dihukum penjara selama enam tahun.
Sabitan dan hukuman bagi tuduhan liwat telah dibatalkan oleh Mahkamah Persekutuan, tetapi sabitannya bagi tuduhan salahaguna kuasa dikekal, sekaligus menghalang beliau daripada memegang sebarang jawatan awam, termasuk bertanding dalam pilihanraya, sehingga April 2008.
Satu kenyataan dari pejabat PKR berkata Anwar akan menghadiri prosiding suruhanjaya itu hari ini.
“Saya telah melantik peguam yang akan membangkitkan beberapa isu kritikal kepada suruhanjaya tersebut, termasuk persoalan mengenai keanggotaan suruhanjaya berkenaan," kata Anwar dalam kenyataan tersebut.
Beliau juga memuji keberanian Loh untuk tampil mengesahkan identitinya sebagai orang yang dilihat dalam klip video Lingam tersebut. Di petik dari MalaysiaKini

Read more...

Tuesday, January 15, 2008

Perlis Perlu Indentiti Tersendiri Untuk Tarikan Pelancong


Negeri Perlis mempunyai potensi besar dalam industri pelancongan, jika kena cara membangunkannya. Falsafah pembangunan pelancongan sesuatu tempat ialah ia berdasarkan apa yang ada dan menambah nilai produk dalam negeri tersebut. Ini lah cara atau kaedah di negara negara lain praktikkan. Di Eropah, Asia Barat, Jepun, Australia dan beberapa negara lain, mereka mengunakan alam semulajadi dan budaya sebagai sumber penarik kepada industri pelancongan.

Perlis pun boleh, kerana alam semula jadi dan budayanya mempunyai potensi untuk dimajukan sebagai produk pelancongan. Senibina Melayu Perlis, Makanan tradisinya, alam dan pertaniannya boleh ditambah nilai supaya menjadi produk pelancongan menarik. Bagaimana caranya itu kena buat kajian.

Perlis perlu membina Indentiti Tersendiri, orang perlis kata biar ada nama. Contoh paling mudah, Belacan Perlis. Saya dapat tahu belacan perlis mempunyai nama di Kuala Lumpur, Seremban dan Johor. Ramai kawan kawan dan saudara mara mengatakan belacan Perlis sedap. Jadi benda benda yang macam ini yang perlu kita kembang biakkan agar ia menjadi indentiti. Sebenarnya banyak lagi yang boleh kita majukan kerana kedudukan negeri ini di pertengahan jalan ke Thailand dan Langkawi. Sebagai negeri sempadan banyak peluang yang boleh rakyat negeri ini ambil.

Read more...

Doakan Adik Sharlinie Selamat


Mari kita sama berdoa semoga adik SHARLINIE SELAMAT.

"Ya ALLLAH Tuhan Yang Maha Esa dan Penyayang, mudahkan usaha pencarian kami, bantulah kami dan temuilah adik Sharlinie ini dalam keadaan selamat. Amin Amin Amin"

Seluruh rakyat Malaysia marilah membantu mereka yang dalam keadaan susah. Sebarang maklumat sila lapor kepada Balai Polis yang berdekatan. Jangan main main dengan maklumat dan tolong bantu keluarga mereka. Terima Kasih

Read more...

Monday, January 14, 2008

Gerakan Semula Dan Tingkatkan Semanggat Kejiranan

Apabila kadar jenayah semakin meningkat, perbagailah cadangan yang kita dengar, seorang menteri kabinet dah mula memperkatakan perkara ini perlu di tekankan khasnya di kawasan bandar. Masalah tidak ambil tahu dan tidak mau jaga tepi kain orang menjadi amat ketara di kawasan perumahan dan rumah pangsa atau kondomunium. Sikap ini telah menyebabkan jiran tidak kenal jiran, kalau kenal hanya sekadar angkat tangan dan angguk kepala apabila berjumpa.

Komuniti bandar harus diperkayakan dengan aktiviti masyarakat dan sukan, mereka perlu berusaha sendiri kenal antara satu dengan lain dan saling berkerjasama dan ambil tahu. Kempen oleh kerajaan dan NGO perlu digerak dengan lebih lagi. Kempen bukan sahaja ketika ada masalah jenayah tetapi perancangan harus berterusan.

Satu perkara lagi, kaji semula keberkesanan rukun tertangga dan JKKK di setiap kawasan, apakah peranan mereka boleh membantu mengatasi masalah jenayah.

Read more...

KERAJAAN PERLU BELANJA LEBIH UNTUK MENJAGA KESELAMATAN RAKYAT

Saya menyokong cadangan Tan Sri Lee Lam Tyee, bahawa badan pemantau jenayah diwujudkan bagi melihat kelemahan dan perjalanan perlaksanaan undang undang dan aktiviti memerangi jenayah di negara ini. Apa pun kini rakyat bandar terutamanya agak bimbang mengenai tahap keselamatan mereka. Persoalannya adakah negara kita selamat?. Suatu perkara penting yang ingin saya luahkan ialah, Kerajaan perlu belanja lebih untuk menyediakan perancangan dan pembinaan alatan keselamatan dan menguruskannya. Contoh ialah pemasangan CCTV di seluruh bandar utama di negara ini dengan pihak Polis sebagai Jabatan pemantaunya. Cadangan ini tentunya akan melibatkan kos yang besar.

Read more...

SUASANA POLITIK PERLIS

Selepas Dato Razzi, memberi komen terhadap kepimpinan Perlis, seluruh negeri Perlis tersentak sekejap, terutamanya orang UMNO, pembangkang pun tumpang sekaki, saya tak tahu secara mendalam isu ini, apa yang tersirat dan tersurat dalam isu ini,tapi mungkin ada yang tak kena dengan Perlis ni, kalau tak ada angin macam mana pokok boleh bergoyang.

Saya dengar UMNO perlis telah bermesyuarat dan mengambil keputusan menyokong penuh kepimpinan Dato Seri Shahidan Kassim. Poster telah di pasang seluruh negeri menyokong kepimpinannya. Cuma komen dari Dato Razzi belum dengar lagi.

Read more...

Sunday, January 13, 2008

JENAYAH DI MALAYSIA JANGAN PANDANG MUDAH

Beberapa kejadian jenayah ketika ini yang berlaku telah membuatkan negara berada dalam keadaan kurang selamat, terbaru ialah kes pembunuhan ADUN MIC di Johor, sebelum itu berlaku kes perculikan shareline, kes Nurin, Rompakan kedai Emas di Kuala Lumpur dan seluruh negara.

Persoalannya adakah negara kita selamat. Kita tidak boleh mengharapkan pihak polis sahaja mengawal kita, NGO dan Jawatankuasa setempat perlu ambil langkah segera menangani jenayah di tempat masing masing.

Read more...

About This Blog

Blog Archive

  © Blogger template ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP