Saturday, January 19, 2008

PROTON SAGA BARU 2008



Proton saga baru 2008 menarik

Read more...

Friday, January 18, 2008

Siasatan Kes Klip Video Kita Lihat Hasilnya Nanti

Kita akan lihat hasil siasatan nanti, Suruhanjaya diraja telah mula siasatannya terhadap kes klip video Lingam dengan memanggil beberapa ahli politik dan bekas hakim untuk memberi keterangan berhubung dakwaan berlaku rasuah dalam badan kehakiman.
Klip video yang menjadi bualan umum telah didedahkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim September lalu, yang telah menggegarkan bidang kehakiman negara. Klip tersebut menunjukkan perbualan telefon peguam Datuk VK Lingam, didakwa dengan bekas Ketua Hakim Negeri, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim mengenai pelantikan hakim-hakim.
Antara saksi yang dijangka dipanggil memberi keterangan ialah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Anwar Ibrahim , Tengku Adna dan Ahmad Fairuz.
Suruhanjaya tersebut, yang diketuai oleh bekas Hakim Besar Malaya, Tan Sri Haidar Mohamed Noor, akan menyiasat ketulenan klip tersebut dan sama ada wujud sebarang bukti salahlaku.Mereka akan memanggil 16 orang saksi sepanjang siasatan itu dijalankan selama dua minggu, mulai hari ini.
Ahad lalu, seorang ahli perniagaan, Loh Mui Fah berkata, klip tersebut dirakamkan olen anak lelakinya pada bulan Disember 2001."Saya tidak tahu yang anak lelaki saya telah merakamkan perbualan (Lingam)," katanya kepada Malaysiakini.
Anwar adalah bekas timbalan menteri sebelum beliau dipecat dari kerajaan dan Umno pada tahun 1998.
Beliau kemudiannya dihadapkan di mahkamah atas tuduhan liwat dan salahgunakan kuasa di mana beliau dihukum penjara selama enam tahun.
Sabitan dan hukuman bagi tuduhan liwat telah dibatalkan oleh Mahkamah Persekutuan, tetapi sabitannya bagi tuduhan salahaguna kuasa dikekal, sekaligus menghalang beliau daripada memegang sebarang jawatan awam, termasuk bertanding dalam pilihanraya, sehingga April 2008.
Satu kenyataan dari pejabat PKR berkata Anwar akan menghadiri prosiding suruhanjaya itu hari ini.
“Saya telah melantik peguam yang akan membangkitkan beberapa isu kritikal kepada suruhanjaya tersebut, termasuk persoalan mengenai keanggotaan suruhanjaya berkenaan," kata Anwar dalam kenyataan tersebut.
Beliau juga memuji keberanian Loh untuk tampil mengesahkan identitinya sebagai orang yang dilihat dalam klip video Lingam tersebut. Di petik dari MalaysiaKini

Read more...

Tuesday, January 15, 2008

Perlis Perlu Indentiti Tersendiri Untuk Tarikan Pelancong


Negeri Perlis mempunyai potensi besar dalam industri pelancongan, jika kena cara membangunkannya. Falsafah pembangunan pelancongan sesuatu tempat ialah ia berdasarkan apa yang ada dan menambah nilai produk dalam negeri tersebut. Ini lah cara atau kaedah di negara negara lain praktikkan. Di Eropah, Asia Barat, Jepun, Australia dan beberapa negara lain, mereka mengunakan alam semulajadi dan budaya sebagai sumber penarik kepada industri pelancongan.

Perlis pun boleh, kerana alam semula jadi dan budayanya mempunyai potensi untuk dimajukan sebagai produk pelancongan. Senibina Melayu Perlis, Makanan tradisinya, alam dan pertaniannya boleh ditambah nilai supaya menjadi produk pelancongan menarik. Bagaimana caranya itu kena buat kajian.

Perlis perlu membina Indentiti Tersendiri, orang perlis kata biar ada nama. Contoh paling mudah, Belacan Perlis. Saya dapat tahu belacan perlis mempunyai nama di Kuala Lumpur, Seremban dan Johor. Ramai kawan kawan dan saudara mara mengatakan belacan Perlis sedap. Jadi benda benda yang macam ini yang perlu kita kembang biakkan agar ia menjadi indentiti. Sebenarnya banyak lagi yang boleh kita majukan kerana kedudukan negeri ini di pertengahan jalan ke Thailand dan Langkawi. Sebagai negeri sempadan banyak peluang yang boleh rakyat negeri ini ambil.

Read more...

Doakan Adik Sharlinie Selamat


Mari kita sama berdoa semoga adik SHARLINIE SELAMAT.

"Ya ALLLAH Tuhan Yang Maha Esa dan Penyayang, mudahkan usaha pencarian kami, bantulah kami dan temuilah adik Sharlinie ini dalam keadaan selamat. Amin Amin Amin"

Seluruh rakyat Malaysia marilah membantu mereka yang dalam keadaan susah. Sebarang maklumat sila lapor kepada Balai Polis yang berdekatan. Jangan main main dengan maklumat dan tolong bantu keluarga mereka. Terima Kasih

Read more...

Monday, January 14, 2008

Gerakan Semula Dan Tingkatkan Semanggat Kejiranan

Apabila kadar jenayah semakin meningkat, perbagailah cadangan yang kita dengar, seorang menteri kabinet dah mula memperkatakan perkara ini perlu di tekankan khasnya di kawasan bandar. Masalah tidak ambil tahu dan tidak mau jaga tepi kain orang menjadi amat ketara di kawasan perumahan dan rumah pangsa atau kondomunium. Sikap ini telah menyebabkan jiran tidak kenal jiran, kalau kenal hanya sekadar angkat tangan dan angguk kepala apabila berjumpa.

Komuniti bandar harus diperkayakan dengan aktiviti masyarakat dan sukan, mereka perlu berusaha sendiri kenal antara satu dengan lain dan saling berkerjasama dan ambil tahu. Kempen oleh kerajaan dan NGO perlu digerak dengan lebih lagi. Kempen bukan sahaja ketika ada masalah jenayah tetapi perancangan harus berterusan.

Satu perkara lagi, kaji semula keberkesanan rukun tertangga dan JKKK di setiap kawasan, apakah peranan mereka boleh membantu mengatasi masalah jenayah.

Read more...

KERAJAAN PERLU BELANJA LEBIH UNTUK MENJAGA KESELAMATAN RAKYAT

Saya menyokong cadangan Tan Sri Lee Lam Tyee, bahawa badan pemantau jenayah diwujudkan bagi melihat kelemahan dan perjalanan perlaksanaan undang undang dan aktiviti memerangi jenayah di negara ini. Apa pun kini rakyat bandar terutamanya agak bimbang mengenai tahap keselamatan mereka. Persoalannya adakah negara kita selamat?. Suatu perkara penting yang ingin saya luahkan ialah, Kerajaan perlu belanja lebih untuk menyediakan perancangan dan pembinaan alatan keselamatan dan menguruskannya. Contoh ialah pemasangan CCTV di seluruh bandar utama di negara ini dengan pihak Polis sebagai Jabatan pemantaunya. Cadangan ini tentunya akan melibatkan kos yang besar.

Read more...

SUASANA POLITIK PERLIS

Selepas Dato Razzi, memberi komen terhadap kepimpinan Perlis, seluruh negeri Perlis tersentak sekejap, terutamanya orang UMNO, pembangkang pun tumpang sekaki, saya tak tahu secara mendalam isu ini, apa yang tersirat dan tersurat dalam isu ini,tapi mungkin ada yang tak kena dengan Perlis ni, kalau tak ada angin macam mana pokok boleh bergoyang.

Saya dengar UMNO perlis telah bermesyuarat dan mengambil keputusan menyokong penuh kepimpinan Dato Seri Shahidan Kassim. Poster telah di pasang seluruh negeri menyokong kepimpinannya. Cuma komen dari Dato Razzi belum dengar lagi.

Read more...

Sunday, January 13, 2008

JENAYAH DI MALAYSIA JANGAN PANDANG MUDAH

Beberapa kejadian jenayah ketika ini yang berlaku telah membuatkan negara berada dalam keadaan kurang selamat, terbaru ialah kes pembunuhan ADUN MIC di Johor, sebelum itu berlaku kes perculikan shareline, kes Nurin, Rompakan kedai Emas di Kuala Lumpur dan seluruh negara.

Persoalannya adakah negara kita selamat. Kita tidak boleh mengharapkan pihak polis sahaja mengawal kita, NGO dan Jawatankuasa setempat perlu ambil langkah segera menangani jenayah di tempat masing masing.

Read more...

  © Blogger template ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP