Tuesday, January 15, 2008

Perlis Perlu Indentiti Tersendiri Untuk Tarikan Pelancong


Negeri Perlis mempunyai potensi besar dalam industri pelancongan, jika kena cara membangunkannya. Falsafah pembangunan pelancongan sesuatu tempat ialah ia berdasarkan apa yang ada dan menambah nilai produk dalam negeri tersebut. Ini lah cara atau kaedah di negara negara lain praktikkan. Di Eropah, Asia Barat, Jepun, Australia dan beberapa negara lain, mereka mengunakan alam semulajadi dan budaya sebagai sumber penarik kepada industri pelancongan.

Perlis pun boleh, kerana alam semula jadi dan budayanya mempunyai potensi untuk dimajukan sebagai produk pelancongan. Senibina Melayu Perlis, Makanan tradisinya, alam dan pertaniannya boleh ditambah nilai supaya menjadi produk pelancongan menarik. Bagaimana caranya itu kena buat kajian.

Perlis perlu membina Indentiti Tersendiri, orang perlis kata biar ada nama. Contoh paling mudah, Belacan Perlis. Saya dapat tahu belacan perlis mempunyai nama di Kuala Lumpur, Seremban dan Johor. Ramai kawan kawan dan saudara mara mengatakan belacan Perlis sedap. Jadi benda benda yang macam ini yang perlu kita kembang biakkan agar ia menjadi indentiti. Sebenarnya banyak lagi yang boleh kita majukan kerana kedudukan negeri ini di pertengahan jalan ke Thailand dan Langkawi. Sebagai negeri sempadan banyak peluang yang boleh rakyat negeri ini ambil.

  © Blogger template ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP