Monday, January 14, 2008

Gerakan Semula Dan Tingkatkan Semanggat Kejiranan

Apabila kadar jenayah semakin meningkat, perbagailah cadangan yang kita dengar, seorang menteri kabinet dah mula memperkatakan perkara ini perlu di tekankan khasnya di kawasan bandar. Masalah tidak ambil tahu dan tidak mau jaga tepi kain orang menjadi amat ketara di kawasan perumahan dan rumah pangsa atau kondomunium. Sikap ini telah menyebabkan jiran tidak kenal jiran, kalau kenal hanya sekadar angkat tangan dan angguk kepala apabila berjumpa.

Komuniti bandar harus diperkayakan dengan aktiviti masyarakat dan sukan, mereka perlu berusaha sendiri kenal antara satu dengan lain dan saling berkerjasama dan ambil tahu. Kempen oleh kerajaan dan NGO perlu digerak dengan lebih lagi. Kempen bukan sahaja ketika ada masalah jenayah tetapi perancangan harus berterusan.

Satu perkara lagi, kaji semula keberkesanan rukun tertangga dan JKKK di setiap kawasan, apakah peranan mereka boleh membantu mengatasi masalah jenayah.

  © Blogger template ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP