Paklah, Anwar, Nik Aziz dan Tun Mahadzir bila nak bertemu
Saya tertarik dengan tulisan Mufti Perlis, mengenai cadangan pertemuan 4 mata antara Perdana Menteri Abdullah, Bekas PM Tun Mahadzir, Bekas Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Kelantan Dato' Nik Aziz.
Ia merupakan satu cadangan yang menarik untuk kita teliti apa yang tersirat dan tersurat. Dalam keadaan negara yang sedang dingin dengan politik yang kecoh serta kenaikan harga minyak yang melambung tinggi, peranan pemimpin yang berpengaruh amatlah penting.
Kesemua 4 tokoh diatas mempunyai pengaruh masing-masing dan sudah tentu akan memberi kelegaan dan ketenangan politik semasa apabila ke empat pemimpin ini dapat bertemu dan berbincang.
Setakat ini hanya Nik Aziz yang memberi respon kesediaan untuk bertemu, manakala 3 lagi pemimpin belum lagi memberi maklumbalas kesediaan untuk bertemu.
Persoalan sekarang siapa yang nak mula dulu. Siapa yang nak jadi pengerusi dan penganjur pertemuan mereka. Mesti ada orang tengah untuk merealisasikan pertemuan perpaduan dan mencari titik temu dan kesepakatan mencari formula untuk kebaikan rakyat dan Malaysia.
Kesemua parti sekarang ini masing-masing menuding jari antara satu sama lain dan meletak kesalahan antara satu sama lain, sedangkan rakyat di beban masalah kenaikan harga barang yang tinggi dan kos sara hidup yang meningkat.
Bagi rakyat terbanyak, mereka bukan nak lihat apa masalah antara mereka tetapi rakyat mahu keselesaan dan penyelesaian dalam menghadapi kehidupan harian dan masa depan Malaysia.
Apa pendapat anda.