Sunday, January 27, 2008

PILIHANRAYA UMUM 2008 SEMAKIN DEKAT DAN PANAS

Ya semakin sibuk parti parti politik membuat persediaan dalam menghadapi pilihan raya umum 2008 ini. Semua parti nampaknya sudah membuka bilik gerakan masing masing. Pilihanraya kali ini di rasakan akan menyaksikan pertandingan yang hebat antara parti BN dan Barisan Pembangkang. Pembangkang mungkin akan diketuai DS Anwar Ibrahim bekas Timbalan Perdana Menteri. Perbagai isu di ketengahkan pembangkang dan BN akan menghadapinya dengan penuh persediaan. Namun kempen kedua pihak semakin hebat walaupun tarikhnya belum diketahui. Dalam akhbar dan TV sudah nampak persediaan BN di paparkan. Ini membuktikan pilihanraya semakin dekat. Saya berharap pilihanraya kali ini akan menyaksikan pertandingan yang bersih dan sihat. Saya tak mau lihat pergaduhan sesama agama dan bangsa kerana pilihanraya. Amalkan politik bersih.

  © Blogger template ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP