Monday, June 23, 2008

Kes Sanglang Perlis.

Menurut Peguam Hanipa, kini PAS mempunyai 3 pilihan berikutan kes ini.

1. Pertama, rayu ke Mahkamah Persekutuan.

2. Kedua memfailkan agar dibuat penilaian perundangan agar menggantikan nama calon BN yang telah digezetkan dengan nama calon PAS yang sebenarnya menang dan

3. Menyaman SPR jika pengendali pilihan raya itu mengisytiharkan pilihan raya semula untuk Dun Sanglang.

Kenapa SPR susah sangat nak buat keputusan. Ini merupakan kesilapan SPR yang besar dalam mengendali pilihanraya di Malaysia.


Read more...

PERMIKIRAN AHLI POLITIK MALAYSIA YANG JUMUD

Mufti Perlis: Saya bukan ulama ‘Kakak Tua’!
Posted on Jun 22, 2008 under Isu Semasa, Berita |

PETALING JAYA: Ketika pegangan politiknya heboh diperkatakan cenderung kepada Pakatan Keadilan Rakyat (PKR), Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin tampil untuk menyatakan pendiriannya yang langsung tidak berminat dengan politik.

“Cukuplah… kerja sayapun tak habis. Kerja politik untuk orang politik.

“Saya bukan orang politik. Hanya kerana saya berada di majlis PKR dan menjadi ahli panel Wacana Perdana 100 Hari Pemerintahan Pakatan Rakyat di Kota Bharu semalam maka ramai yang membuat tafsiran sendiri,” jelas Dr Asri ketika dihubungi mStar Online tengah hari tadi.

Menurut Dr Asri, kehadiran beliau dalam forum majlis anjuran kerajaan negeri dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kota Baharu (MPKB) yang mendapat sambutan hangat semalam, tidak ada kena mengena dengan fahaman politik ataupun penyertaan beliau dalam PKR.

“Itu tanggungjawab saya. Kalau orang Umno panggilpun saya pergi. Sebagai Mufti saya tidak boleh berpolitik dan berpihak pada mana-mana parti politik. A Mufti should be non-partisan. Saya perlu bebas menyatakan kebenaran dan fakta tentang Islam tanpa mengira fahaman politik atau di mana majlispun saya berada,” katanya.

Dr Asri juga menyangkal dakwaan yang beliau menentang kerajaan pusat.

“Apa yang saya cakapkan selama ini adalah atas dasar kebenaran dan tidak bermakna saya adalah penyokong mana-mana parti.

“Pandangan setuju atau tidak tentang satu-satu pendirian parti itu bukan petanda yang saya menyokong mereka. Kita perlu ada cara berfikir yang tersusun. Kalau saya perlu sokong, saya sokong begitulah sebaliknya kalau saya perlu kritik,” katanya.

Beliau turut membidas cakap-cakap yang mengatakan beliau memihak pada satu parti.

“Adakah kerana saya pergi ke satu majlis anjuran PKR bermakna saya ahli PKR?

“Inilah cara berfikiran ahli-ahli politik di Malaysia yang jumud, yang berkehendakkan kita menyokong mereka 24 jam.

“Tidak semestinya saya menyokong PKR kalau saya berucap di medan mereka. Dan tidak semestinya saya menyokong BN kalau saya berada di tempat mereka. Saya bebas dari daerah itu,” jelasnya.

“Kita perlu bersifat objektif kerana kita bukan malaikat yang boleh membuat pemilihan mutlak di atas kebenaran. Ada kalanya boleh jadi betul satu perkara tetapi salah di masa yang lain. Kebenaran boleh menjelma dalam berbagai wajah,” katanya.

Katanya, sudah sampai masanya kita mengajar rakyat berfikir secara objektif.

“Rakyat perlu bercakap dengan terbuka dan bebas dari cengkaman fikiran yang mengongkong. Rakyat perlu bebas berfikir tanpa dipaksa dan dikongkong dan membuat penilaian berdasarkan facts and figures. Itu baru dinamakan kebebasan,” jelasnya.

Kata Dr Asri lagi, ulama atau Mufti bukan malaikat atau nabi yang maksum. Mereka juga seperti insan lain yang terdedah kepada salah dan dosa.

Namun begitu, walau apapun keadaannya, mereka tidak boleh menyelewengkan fakta, atau menyembunyikan kebenaran sehingga mengelirukan manusia tentang hakikat ajaran Allah S.W.T.

“Mereka juga boleh menjadi kaya dan berharta, tetapi tanpa menggadaikan kebenaran. Ini kerana yang menyebabkan mereka itu dianggap ulama kerana ilmu yang dimiliki oleh mereka. Peranan mereka adalah menjaga ilmu dan memastikan ilmu itu berfungsi untuk kemaslahatan manusia. Jika seseorang memakai pakaian ulama, atau menduduki jawatan ulama, atau memakai gelaran ulama tetapi dia kontang ilmu, dia sebenarnya bukan ulama walaupun diletakkan berbagai gelaran dan bintang,” jelas Mufti itu lagi.

Kata beliau lagi, peranan Mufti adalah menyampai dan menyatakan kebenaran. Bukan kerja ulama menjadi pembela setia sesebuah kerajaan ataupun parti atau individu. Ulama membela kebenaran ajaran Allah dan RasulNya.

“Tiada kompromi dalam soal kebenaran, keadilan dan fakta sekalipun terpaksa menghadapi teman yang rapat, atau pihak berjasa lagi dikasihi.

“Jika itu berlaku dari awal, maka lahirlah ulama-ulama ‘kakak tua’ yang akan memperkatakan apa yang digemari oleh orangramai, atau apa yang diminati di pasaran, atau apa yang dibayar dengan harga yang tinggi oleh pihak tertentu. Dan saya bukan ulama ‘kakak tua,’ katanya.

Bagi Dr Asri, menjadi mat rempit, perompak, atau pemimpin yang tidak jujur tidak lebih buruk daripada ulama yang menyembunyikan kebenaran atau menyelewengkan fakta sehingga manusia tersesat.

“Kita memerlukan ilmuwan yang mempunyai semangat seperti Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah r.a.. Di zaman Ibn Taimiyyah ketika rakyat menentang penjajahan Tatar, para ulama berkepentingan menulis dan menyebarkan fitnah memburukkan Ibn Taimiyyah.

“Tujuan untuk menutup kelemahan dan menjaga kepentingan sendiri. Dan selepas zaman Ibn Taimiyyah, gelagat ulama jenis ini tetap sama. Ulama yang menjaga jubah dari percikan darah pengorbanan dan kebenaran,” katanya.

Tegasnya lagi, jika ulama mengutamakan kepentingan sendiri, maka umat akan kehilangan garis panduan terutama pada waktu gawat dan getir.

“Pandangan dan pendapat yang benar disembunyikan sedangkan umat kehausan bimbingan. Jika diberikan pandangan pun hanya tajuk-tajuk yang dipersetujui oleh panaja,” kata Dr Asri.

Petikan http://drmaza.com

Read more...

Friday, June 20, 2008

Semanggat Gotong Royong Mengatasi Batasan Fahaman Politik



Semanggat gotong royong di Kg Sungai Bugis, Perlis. Semanggat ini perlu di teruskan. Perkara yang menarik ialah apabila anak muda sedia bekerjasama membantu menjayakan gotong di rumah mertua saya di Kampung.

Read more...

Pendapat saya di terima dalam laman www.detikdaily.net , sila lihat link berikut

Lihat link berikut:

http://www.detikdaily.net/v4/modules.php?name=News&file=article&sid=2144&mode=&order=0&thold=0

Read more...

Thursday, June 19, 2008

PR sedang ambil kesempatan mendapat publisiti

Minyak, rata rata diseluruh negara dan dimana anda pergi orang bercakap mengenai harga minyak.

Keputusan naik harga minyak oleh BN bukan kehendak BN tetapi terpaksa. Dalam pada itu juga kini akibat dari keputusan yang tak popular ini BN sedang menerima kritikan hebat dari perbagai pihak.

PR yang tahu bahawa ini adalah MODAL POLITIK yang hebat sedang dengan sedaya upayanya mengunakan segenap ruang dan peluang mencari pengaruh populariti bagi menarik sokongan rakyat kepada PR. Kalau mereka tak buat mereka rugi.

Ini adalah beban besar yang sedang melanda BN sekarang. Selain dari tekanan dalaman, tekanan luar dan tekanan rakyat, BN menghadapi desakan parti komponen di Sabah dan Serawak yang minta perbagai projek pembangunan dan royalti minyak. Kalau tak layan, tak kena juga kerana sokongan Sabah dan Serawaklah BN kekal memerintah , kerana kalau harap BN Semenanjung mereka akan kalah.

Jadi Pak Lah dalam delima. Paklah pula kini menerima kritikan hebat dari bos lamanya iaitu Tun Mahadzir. Tapi bagi saya Tun juga menjadi penyebab BN lemah. Apa tun tak ingat semasa Tun jadi PM apa Tun buat kepada sistem kehakiman negara. Isu itu digunakan Anwar untuk memukul BN dalam pilihan raya baru ini.

BN silap dalam strateginya sekarang ini. Kesempatan ini telah di ambil PR menjadi juara dalam Isu Minyak.

Read more...

Tuesday, June 17, 2008

Paklah, Anwar, Nik Aziz dan Tun Mahadzir bila nak bertemu

Saya tertarik dengan tulisan Mufti Perlis, mengenai cadangan pertemuan 4 mata antara Perdana Menteri Abdullah, Bekas PM Tun Mahadzir, Bekas Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Kelantan Dato' Nik Aziz.

Ia merupakan satu cadangan yang menarik untuk kita teliti apa yang tersirat dan tersurat. Dalam keadaan negara yang sedang dingin dengan politik yang kecoh serta kenaikan harga minyak yang melambung tinggi, peranan pemimpin yang berpengaruh amatlah penting.

Kesemua 4 tokoh diatas mempunyai pengaruh masing-masing dan sudah tentu akan memberi kelegaan dan ketenangan politik semasa apabila ke empat pemimpin ini dapat bertemu dan berbincang.

Setakat ini hanya Nik Aziz yang memberi respon kesediaan untuk bertemu, manakala 3 lagi pemimpin belum lagi memberi maklumbalas kesediaan untuk bertemu.

Persoalan sekarang siapa yang nak mula dulu. Siapa yang nak jadi pengerusi dan penganjur pertemuan mereka. Mesti ada orang tengah untuk merealisasikan pertemuan perpaduan dan mencari titik temu dan kesepakatan mencari formula untuk kebaikan rakyat dan Malaysia.

Kesemua parti sekarang ini masing-masing menuding jari antara satu sama lain dan meletak kesalahan antara satu sama lain, sedangkan rakyat di beban masalah kenaikan harga barang yang tinggi dan kos sara hidup yang meningkat.

Bagi rakyat terbanyak, mereka bukan nak lihat apa masalah antara mereka tetapi rakyat mahu keselesaan dan penyelesaian dalam menghadapi kehidupan harian dan masa depan Malaysia.

Apa pendapat anda.

Read more...

Friday, June 6, 2008

Minyak akan habis apa alternatif kita?



Apakah alternatif sumber tenaga 100 tahun akan datang. Negara lain sudah melihat alternatif kepada minyak. Kita pula terus membina kereta enjin minyak sedangkan minyak akan habis dalam masa terdekat abab akan datang.


Kita patut berbincang untuk masa depan anak cucu kita. Masa ini memang gawat.

Read more...

Kerajaan Perlu Berjimat cermat sebelum, meletak beban pengurusan negara kepada rakyat

Read more...

Thursday, June 5, 2008

enjin magnetik alternatif kepada Malaysia. Kena mula dari sekarang., apa pendapat anda?



Lihat teknologi enjin magnetik - Free energy for U


Read more...

Bagaimana nak buat bateri Lithium Polymer untuk kereta elektrik



Pelajar elektrik dan mekanikal lihat teknologi ini, belajar dan kaji untuk masa depan anak bangsa kita

Read more...

  © Blogger template ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP