AGEN MINYAK JAGUH KANDA DIPERLUKAN SELURUH DAERAH
Peniaga online yang ingin memasar produk saya sila email ke
hijrah2@yahoo.com.my .Peniaga online yang ingin memasar produk saya sila email ke
hijrah2@yahoo.com.my .
Hijrah atau perubahan artis terkenal, Dato Siti Nurhaliza dan Shilla Rusly, Semoga menjadi panduan untuk semua . Memakai Tudung adalah wajib bagi wanita Islam, Tudung bukan fesyen tapi hukumnya Wajib. Tahniah kepada wanita bertudung ,
APA ITU WIDGETS. Widgets adalah satu alat yang di pasang pada web atau blog. MyBlogLog adalah contoh mudah yang digunakan untuk menarik pelawat ke blog atau web anda. Kini, MyBlogLog telah menjadi satu barang yang sedang hangat di gunakan di seluruh dunia. Boleh di katakan melebihi separuh daripada bilangan blog di Malaysia yang sering saya lawati, menggunakan MyBlogLog. Apakah itu MyBlogLog?
MyBlogLog merupakan satu laman web yang mampu mewujudkan satu komuniti yang cukup besar. Laman web ini secara umumnya lebih tertumpu kepada para blogger dan ia mampu di jadikan sebagai salah satu ‘tools’ bagi anda melakukan viral marketing.Oleh kerana MyBlogLog masih baru di tubuhkan, widgets yang di sediakan masih belum cukup banyak. Namun begitu, mereka sedang menambahnya dari semasa ke semasa. Salah satu tools yang sering digunakan ialah tools untuk kita mengetahui pembaca terkini ataupun di panggil sebagai ‘Recent Readers‘.
Tools tersebut memang hebat. Dengan adanya tool tersebut, anda boleh secara tidak langsung mempromosikan laman web ataupun blog anda. Saya telah mencuba melakukannya dan ia memang berjaya. Setiap kali anda melawat laman blog yang menggunakan tools tersebut, avatar untuk MyBlogLog anda akan terpapar pada bahagian tool Recent Readers. Jadi, apabila orang lain masuk ke laman blog tersebut, mereka yang ingin tahu mengenai diri anda akan menekan pada avatar anda dan majority di antara mereka akan melihat blog ataupun laman web yang anda ada untuk mengenali anda dengan lebih dekat.
Sebagai permulaan, saya telah cuba melawat 5 buah blog yang terdapat tool tersebut dan saya berjaya menarik pelawat-pelawat yang ada pada blog-blog tersebut, menjadi sebahagian daripada pelawat di dalam blog saya. Tool tersebut memang cukup hebat dan anda patut mencubanya. Jika mahu mendaftar, anda boleh melawat komuniti saya di bawah. Sila copy artikel ini dan masuk ke web atau blog anda. Selamat mencuba.
Sila daftar segera.
Ya semakin sibuk parti parti politik membuat persediaan dalam menghadapi pilihan raya umum 2008 ini. Semua parti nampaknya sudah membuka bilik gerakan masing masing. Pilihanraya kali ini di rasakan akan menyaksikan pertandingan yang hebat antara parti BN dan Barisan Pembangkang. Pembangkang mungkin akan diketuai DS Anwar Ibrahim bekas Timbalan Perdana Menteri. Perbagai isu di ketengahkan pembangkang dan BN akan menghadapinya dengan penuh persediaan. Namun kempen kedua pihak semakin hebat walaupun tarikhnya belum diketahui. Dalam akhbar dan TV sudah nampak persediaan BN di paparkan. Ini membuktikan pilihanraya semakin dekat.
Saya berharap pilihanraya kali ini akan menyaksikan pertandingan yang bersih dan sihat. Saya tak mau lihat pergaduhan sesama agama dan bangsa kerana pilihanraya. Amalkan politik bersih.
Pandangan seorang Imam mengenai masyarakat masa ini mengenai keimanan yang semakin kurang dan lemah sila ikuti kupasannya
Semoga video ini memberi manafaat dan peringatan pada anda. ehsan dari mahaguru58
Read more...Besar harapan kami agar harga barang makanan berada pada paras yang rendah dan munasabah. Sebagai negara yang mempunyai tanah yang luas dan jentera pengurusan yang cekap, kami berharap isu makanan patut di beri keutamaan. Jadikan lah bekalan makanan harian murah dan sihat sebagai agenda Nasional dan Penubuhan Majlis Harga negara amat dialu alukan.
Majlis harga negara perlu di tukar kepada MAJLIS HARGA DAN MAKANAN NEGARA. Dengan itu makanan untuk rakyat akan lebih terjamin.
Read more...Semua dok bercakap pasal pilihanraya umum. Memang pun pilihanraya patut di adakan, dah 4 tahun Pak Lah jadi PM. Akhbar dan parti politik sudahpun menconggak tarikh yang di nanti nanti tersebut. Bilik gerakan nampaknya sudah di buka, UMNO dan BN sudah pun membuat beberapa mesyuarat penting mereka dan pembangkang juga membuat tafsiran masing masing. Cuma tarikh tu ada pada PM. Bekas PM Dr Mahathir berkata, tarikh pilihanraya akan di adakan bila kerajaan rasa mereka boleh menang. Pak Ngah kata ia akan di adakan cuti sekolah penggal pertama 2008 nanti.
Read more...Profail Siti
Nama Penuh: Datuk Siti Nurhaliza Tarudin
Tarikh Lahir: 11 Januari 1979
Bintang: Capricorn
Keluarga: Anak kelima daripada lapan beradik
Tempat Lahir: Kampung Awah, Temerloh, Pahang.
Status: Berkahwin
Suami: Datuk Seri Khalid Mohamed Jiwa
Hobi: Menonton VCD dan membaca majalah
Warna Kegemaran: Hijau dan pastel
Makanan Kegemaran: Masakan kampung, Thai dan masakan ibu
Minuman Kegemaran: Minuman panas
Muzik Kegemaran: Pop, Alternatif, R&B, Tradisional
Artis Pujaan: Ziana Zain, Celine Dion, Allahyarham Sudirman & P Ramlee
Anugerah: Johan Setia Mahkota (JSM), Paduka Mahkota Perak (PMP), Ahli Ahmad Shah Pahang (AAP), Setia Ahmad Shah (SAP) dan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP yang membawa gelaran Datuk)
Kita akan lihat hasil siasatan nanti, Suruhanjaya diraja telah mula siasatannya terhadap kes klip video Lingam dengan memanggil beberapa ahli politik dan bekas hakim untuk memberi keterangan berhubung dakwaan berlaku rasuah dalam badan kehakiman.
Klip video yang menjadi bualan umum telah didedahkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim September lalu, yang telah menggegarkan bidang kehakiman negara. Klip tersebut menunjukkan perbualan telefon peguam Datuk VK Lingam, didakwa dengan bekas Ketua Hakim Negeri, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim mengenai pelantikan hakim-hakim.
Antara saksi yang dijangka dipanggil memberi keterangan ialah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Anwar Ibrahim , Tengku Adna dan Ahmad Fairuz.
Suruhanjaya tersebut, yang diketuai oleh bekas Hakim Besar Malaya, Tan Sri Haidar Mohamed Noor, akan menyiasat ketulenan klip tersebut dan sama ada wujud sebarang bukti salahlaku.Mereka akan memanggil 16 orang saksi sepanjang siasatan itu dijalankan selama dua minggu, mulai hari ini.
Ahad lalu, seorang ahli perniagaan, Loh Mui Fah berkata, klip tersebut dirakamkan olen anak lelakinya pada bulan Disember 2001."Saya tidak tahu yang anak lelaki saya telah merakamkan perbualan (Lingam)," katanya kepada Malaysiakini.
Anwar adalah bekas timbalan menteri sebelum beliau dipecat dari kerajaan dan Umno pada tahun 1998.
Beliau kemudiannya dihadapkan di mahkamah atas tuduhan liwat dan salahgunakan kuasa di mana beliau dihukum penjara selama enam tahun.
Sabitan dan hukuman bagi tuduhan liwat telah dibatalkan oleh Mahkamah Persekutuan, tetapi sabitannya bagi tuduhan salahaguna kuasa dikekal, sekaligus menghalang beliau daripada memegang sebarang jawatan awam, termasuk bertanding dalam pilihanraya, sehingga April 2008.
Satu kenyataan dari pejabat PKR berkata Anwar akan menghadiri prosiding suruhanjaya itu hari ini.
“Saya telah melantik peguam yang akan membangkitkan beberapa isu kritikal kepada suruhanjaya tersebut, termasuk persoalan mengenai keanggotaan suruhanjaya berkenaan," kata Anwar dalam kenyataan tersebut.
Beliau juga memuji keberanian Loh untuk tampil mengesahkan identitinya sebagai orang yang dilihat dalam klip video Lingam tersebut. Di petik dari MalaysiaKini
© Blogger template ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008
Back to TOP