Saturday, March 29, 2008

TANDA TANDA ANDA NAK MATI - SUATU PERINGATAN

Tanda-Tanda Saat-Saat Kematian

  • 100 hari : Seluruh badan rasa bergegar.
  • 60 hari : Pusat rasa bergerak-gerak.
  • 40 hari : Daun dengan nama orang yang akan mati di arash akan jatuh dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan sering kelihatan seperti sedang rungsing.
  • 7 hari : Mengidam makanan.
  • 5 hari : Anak lidah bergerak-gerak.
  • 3 hari : Bahagian tengah di dahi bergerak-gerak.
  • 2 hari : Seluruh dahi rasa bergerak-gerak.
  • 1 hari : Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu subuh and asar.
  • Saat akhir : Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi (di bahagian belakang badan) Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda yang akhir sekali, mengucap dalam keadaan qiam and jangan lagi bercakap-cakap.

******Bila Malaikat Mencabut Nyawa******

Baginda Rasullullah S.A.W bersabda:

“Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.”

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:

“Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S.” Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya”.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:

“Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T.”

Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah S.W.T. dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: “Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain.”

Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu.

Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan.”

Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata:

“Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu.”

Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata:

“Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir.”

Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata:

“Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah.”

Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: “Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang
beriman itu.”

Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T.

Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A:”Roh itu menuju ketujuh tempat:-

  • Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
  • Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
  • Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
  • Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
  • Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
  • Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
  • Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.”

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

  1. Orang-orang yang mati syahid.
  2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
  3. Orang berpuasa di hari Arafah.

Read more...

Thursday, March 27, 2008

BANTULAH HANIF DAN IZAT



SAYA INGIN MENGAJAK ANDA MEMBANTU HANIF DAN IZAT. Mereka adalah saudara kita yang ingin hidup sempurna, namun apakan daya, mereka tidak mahu dilahirkan begitu.

Mereka lumpuh dan tak mampu bedikari.

Semua urusan di urus oleh ibunya. Bantulah mereka bagi mengurang penderitaan mereka dan keluarga mereka.

Lihat blog yang saya buat untuk mereka dan salurkan kepada Ibunya Natrah.

http://anifzat.blogspot.com

Read more...

Tuesday, March 25, 2008

KAEDAH PEMASARAN WEB SECARA ONLINE PERCUMA



TUNGGU, AKAN MUNCUL PANDUAN PERCUMA

PEMASARAN ONLINE.

Read more...

Sunday, March 9, 2008

TSUNAMI POLITIK MALAYSIA

Tsunami di ambang fajar baru
Fathi Aris Omar Mar 9, 08 4:28am
PETIKAN MALAYSIAKINI.COM
http://122.0.17.30/news/79472

Analisis Politik Malaysia malam ini bergegar kuat susulan kemenangan besar-besaran parti pembangkang di banyak kerusi, termasuk merampas Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Perak.

Sewaktu mengumumkan ketewasannya, pemangku presiden Gerakan Tan Sri Koh Tsu Koon berkata BN tewas sekurang-kurangnya 30 kerusi di Pulau Pinang daripada 40 kerusi.

Kerusi-kerusi yang dimenangi BN pada 2004 dengan majoriti lebih 15,000 undi jatuh dengan mudah ke tangan pembangkang di Selangor dan Wilayah Persekutuan -- malah dengan majoriti yang besar.

Kerusi-kerusi yang selama ini sukar ditembusi pembangkang Melayu di Lembah Klang hari ini tumbang di tangan calon-calon wanita pembangkang - Titiwangsa dan Lembah Pantai (Kuala Lumpur) dan Kota Raja (Selangor).

Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali dan Dr Siti Mariah Mahmud, dua tokoh wanita PAS yang dianggap progresif, menang di Titiwangsa dan Kota Raja.

Sementara Nurul Izzah, anak mantan timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengalahkan orang kuat wanita Umno di Lembah Pantai -- suatu keputusan yang hampir-hampir mustahil di atas kertas.

Malah PAS yang tidak pernah dikaitkan dengan Johor, kali ini menang di dua kerusi negeri, Maharani dan Sungai Abong. DAP pula menguasai kerusi-kerusi Bentayan, Mengkibol, Senai dan Skudai.

Selain mengekalkan Kelantan dengan majoriti lebih besar -- 40 daripada 45 kerusi -- dan merampas empat lagi negeri, parti-parti pembangkang menjatuhkan tiga tokoh besar parti komponen BN.

Pemimpin teratas MIC, Gerakan dan PPP - masing-masing tumbang di Sungai Siput (Datuk Seri S Samy Vellu), Batu Kawan (Koh Tsu Koon) dan Taiping (Datuk M Kayveas).

Malah semua barisan utama MIC, yang menjadi sasaran kemarahan komuniti India seperti tergambar melalui gerakan Hindraf, berguguran satu demi satu di semua kerusi, dari Perak ke Negeri Sembilan.

Presiden, timbalan presiden dan dua naib presidennya kalah; begitu nasib ketua pemuda dan ketua wanitanya.

Perhimpunan para pemimpin utama negara, yang selalunya diadakan di bangunan PWTC tidak dihadiri sebarang pemimpin utama BN walaupun lebih kurang 80 wartawan, termasuk televisyen, menunggu sejak dua jam terawal.

Selalunya Perdana Menteri, sebagai pengerusi BN, akan mengumumkan kemenangan parti ini secara langsung di TV apabila jumlah kerusi parlimen calon-calonnya mencecah majoriti mudah.

Dijangkakan pada awalnya, seperti lazim, majoriti mudah diperolehi pada 11 malam.

Bagaimanapun hanya pada 2:50 pagi, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bersama timbalannya Datuk Seri Najib Razak dan naib presiden Umno Datuk Seri Rustam Ali muncul di depan media.

Kumpulan wartawan yang menunggunya lebih enam jam lebih ramai daripada penyokong BN di bangunan tersebut -- sesuatu yang tidak pernah kelihatan sebelum ini dalam sejarah 50 tahun kemerdekaan.

Koh, bekas ketua menteri Pulau Pinang, dan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan rasa terkejutnya dengan kemenangan luar biasa dan di luar jangkaan.

Nik Aziz, di sidang medianya di pejabat perhubungan PAS negeri, menggesa semua pemimpin pembangkang agar "tidak membalas dendam" dan "menjaga baik-baik kemenangan" ini.

Dalam suasana penuh kejutan, muram dan keletihan itu, tiba-tiba muncul persoalan wajarkah Abdullah melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri.

"Saya tidak tahu siapa yang tekan saya," kata Abdullah apabila ditanya sama ada beliau ditekan agar meletakkan jawatan susulan ketewasan banyak kerusi BN.

"Saya tidak akan meletakkan jawatan."

"Tsunami politik", ungkapan penasihat DAP Lim Kit Siang, akhirnya berjaya menafikan dua pertiga BN dengan angka menarik, setakat ini, 31 kerusi parlimen kepada PKR, 28 DAP dan 25 PAS.

Semua parti ini tentunya bergembira tetapi kegembiraan luar biasa dikecapi PKR apabila melonjak daripada satu kerusi yang nyawa-nyawa ikan di Permatang Pauh.

Tidak pernah wujud lanskap politik seumpama ini di Malaysia -- tidak pada era reformasi 1999, tidak sewaktu perpecahan Umno menjelang 1990 dan tidak juga keresahan 1969.

Hari ini seseorang yang membuka mata, dan dengan penuh sedar cuba memahami, dia sebenarnya telah melangkah ke sebuah dunia baru yang tidak pernah dikenalinya -- sama ada menawarkan harapan indah atau cabaran membingungkan.






----------------
Komen Pak Ngah

BN harus membuat post mortem secepat mungkin dan memberi jawapan segera atas kekalahan di 5 buah negeri. Selain itu senario kebangkitan rakyat yang luar biasa ini harus di pandang sebagai amaran keras keatas kepimpinan BN. Semua pihak dalam BN harus ambil iktibar. Saya amat terkejut terhadap gelombang ini. Tapi apa boleh buat ini keputusan rakyat.

Read more...

Monday, March 3, 2008

Kenapa Perlu Pembangkang Dalam Demokrasi

Dalam sistem demokrasi, ada sistem parti politik, parti yang dapat majoriti akan menang dan dapat memerintah. Parti yang menang akan memerintah dan yang kalah akan jadi pembangkang. Tugas pembangkang hanya menegur kesalahan Kerajaan yang memerintah. Tetapi kerajaan yang kuat mereka perlu menang lebih 2/3 dari jumlah kerusi parlimen. Untuk kestabilan negara kerajaan perlu menang 2/3.

Read more...

Sunday, March 2, 2008

Kejayaan Budak Kampung Menjadi Jutawan

Menidakkan wajah bukan syarat utama dalam bidang nyayian, Budak kampung dari Sabah ini berjaya membawa lagu dengan baik mengalahkan shila dan sarah, pada malam Grand Final One In A Million, tapi ayu jangan lupa diri pula, tahniah dan selamat berjaya

Read more...

Saturday, March 1, 2008

My Blog Is Verification

Blog saya adalah tulen dan memang milik saya .
Undergoing MyBlogLog Verification

Fauzi Ahmad

Read more...

Thursday, February 28, 2008

Pengakuan Tun Mahazir Terhadap Anwar

APA KOMEN ANDA

Read more...

Software Membina Buku Digital (ebook)



Anda tahu tak, bahawa anda boleh buat duit dengan menulis ebook, perbagai tajuk anda boleh buat, mengikut kemampuan anda, kini ramai penulis ebook menjadi jutawan hanya dengan menjual ebook. Jadi bagaimana nak mula?... Anda perlu ada software membuat ebook, Kini software diguna oleh ramai penulis profesional, kerana software ini mampu membuat ebook anda nampak profesional. Dapatkan segera , HARGA MURAH RM10.00 http://diriandajutawan.com/wpro/index.html

Read more...

Sunday, February 24, 2008

BLOG PELUANG NIAGA SAYA WAJAH BARU


Lihat http://cpintrass.com/blog

Read more...

  © Blogger template ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP